Kerjaya kelab Muhd Syukri Azman

Tahun-Tahun Awal

Dilahirkan di Selangor, Syukri menyertai skuad belia Selangor sebagai seorang pemain bola sepak yang berusia 16 tahun, dan terus meningkat naik sehingga memasuki skuad bawah-21 Selangor pada tahun 2016.

Selangor

Nama Syukri dimasukkan sebagai pemain simpanan buat pertama kalinya pada 9 Ogos 2016 oleh pemangku jurulatih, K. Gunalan dalam perlawanan Piala Malaysia menentang Pahang. Pada hari itu, beliau membuat debut rasmi bersama skuad utama Selangor, dengan bermain pada empat minit terakhir. Perlawanan tersebut berakhir dengan kemenangan buat pasukan Selangor menerusi jaringan 3-0.[2]

Syukri mempamerkan bakat dan kematangan pada usia yang muda, dan kejayaan bersama skuad simpanan dan skuad belia, memenangi Piala Presiden pada tahun 2017 dan menamatkan musim dengan 18 penampilan (tidak ada gol).[3][4] Pada 27 November tahun 2017, pengendali skuad bawah-21 tahun Selangor, Yusuf Ab Hamid mengesahkan bahawa Syukri pasti akan dimasukkan ke dalam pasukan utama Selangor untuk musim 2018.[5]